Wednesday, November 18, 2009

aNda MaHu???

Assalamualaikum sahabat sekalian…


Sahabat..mari kita luangkan sedikit masa untuk membaca artikal ini sebentar. Moga-moga dengan pembacaan kita ini dapat menambahkan iman dan ketaqwaan kita kepada Allah kerana hanya Dia sahaja yang wajib di sembah. Sebagai umat yang bertunggakkan akhlak islam sebagai ciri peribadinya dan berpelakuan insan muslim yang sempurna, maka mestilah memahami terlebih dahulu apakah yang di maksudkan dengan ihsan kerana ia menjadi induk dalam pembentukan akhlak.


Untuk pengetahuan semua, yang di maksudkan dengan ihsan mengikut maknanya dari segi bahasa ialah membuat sesuatu yang baik, manakala dari segi syarak ialah peribadatan insan terhadap Allah (penciptanya) seolah-olah kita melihat Allah. Seandainya kita tidak dapat melihatNya, maka yakinilah bahawa Allah melihat diri, peribadatan dan mengetahui isi hati kita. Dalam erti kata lain, setiap kerja dan pergerakan kita di intai dan diperhatikan sama sekali.

Di dalam Al-Quran, Allah telah berfirman dengan menerangkan beberapa ciri-ciri ihsan dan mereka yang bersifat muhsinin. Antaranya :


إن أحسنتم أحسنتم لأنفسكم وإن أسأتم فلها


Maksudnya: jika kamu berbuat kebaikan, (maka manfaat) kebaikan yang dilakukan itu akan kembali kepada diri kamu juga. Dan jika kamu berbuat kejahatan maka (kesannya) kembali juga kepada kamu.

( Surah al-Isra’: 7)


Di sini jelas menunjukkan bahawa martabat ihsan itu adalah tinggi di sisi islam dalam menyempurnakan keimanan dan keislaman pada diri kita. Oleh itu, usaha dalam melakukan kebaikan dan menggalakkan ’amar makruf dan mencegah kejahatan nahi munkar adalah sangat berkait rapat dengan nilai akhlak atau budi pekerti seseorang individu muslim.


Allah SWT berfirman:

ولتكن منكم أمة يدعون إلى الخير ويأمرون بالمعروف وينهون عن المنكر وأولٓـئك هم

المفلحون


Maksudnya: dan terdapat antara kamu suatu golongan yang menyeru kepada kebaikan, menyeru berbuat baik dan melarang berbuat jahatm mereka itulah orang yang berjaya.

( Surah Ali ‘Imran :104 )


Sebagai kesimpulannya, ihsan sangat penting untuk difahami bagi melahirkan generasi yang berakhlak cemerlang dengan berteras syariat islamiah….selamat berusaha…Barakallahufikum =)


Read More......

Sunday, November 15, 2009

Assalamualaikum kalian...

Sempena bulan zulhijjah yang akan tiba tak lama lagi ni..saya nak kongsikanla sedikit ilmu kpd sume tentang kelebihan-kelebihan yang terkandung di dalam bulan ni..semoga kita dapat bersama-sama menambahkan amalan kita dari hari ke sehari untuk bekalan kita di akhirat.. seperti yang kita tahu, dalam bulan inilah terkandungnya ibadah haji dan ibadah korban, di mana ia tidak ada pada bulan2 lain. Zulhijjah juga mengingatkan kepada kita beberapa peristiwa besar yang telah berlaku iaitu mengenai pengorbanan nabi Ibrahim dan anaknya nabi Ismail serta Hajar dalam masalah korban, sai’e, tawaf dan lain-lain lg. selain itu, kita juga diingatkan dengan peristiwa haji wida’ dan khutbah Rasulullah yang mana terkandung dalamnya nsihat, wasiat dan amanah yang penting untuk seme generasi islam. Di sini saya sertakan beberapa hadis sebagai renungan dan perangsang kepada kita semua dalam menambahkan lagi amalan lebih2 lagi di bulan yang penuh barakah ini.

Daripada Ibnu Abbas telah berkata :Sabda Rasulullah S.A.W yang ertinya :Tiada daripada hari-hari untuk beramal soleh padanya yang mana lebih disukai oleh Allah daripada hari-hari ini iaitu hari sepuluh (sepuluh hari pertama Zulhijjah). Para sahabat bertanya : Wahai Rassulullah! dan tidak (amal) jihad pada jalan Allah?. Jawab baginda : Dan tidak jihad pada jalan Allah. Sabda baginda lagi : melainkan seorang lelaki yang keluar dengan dirinya sendiri dan hartanya maka dia tidak pulang daripadanya dengan sesuatu.
- Hadis isnadnya sohih dikeluarkan daripada imam Bukhari, Tarmizi, Abu Daud, Ibnu Majah, Ahmad, Ibnu Habban dan al-Baihaqi dengan sanad atau jalan berbeza -

Daripada Ibnu Abbas telah berkata : Sabda Rasulullah S.A.W yang artinya : Tiada daripada hari-hari yang begitu lebih di sisi Allah dan tiada amalan padanya lebih disukai kepada Allah daripada hari-hari sepuluh ini. Maka perbanyakkanlah padanya daripada tahlil, takbir maka sesungguhnya ia merupakan hari-hari tahlil, bertakbir dan berzikir kepada Allah. Dan puasa sehari daripadanya menyamai puasa setahun dan beramal padanya digandakan 700 kali ganda.
- Hadis isnadnya hasan dikeluarkan oleh imam al-Baihaqi dan disebut oleh imam Sayuti

Daripada hadis ini, jelas menunjukkan kepada kita tentang kelebihan beramal pada hari ke 10 zulhijjah. Jadi, kita sebagai umat islam seharusnya merebut peluang ini sebaik mungkin. Nikmat kelebihan ini tidak akan dapat di rasai dengan hanya membaca dan mengetahui nya tanpa ada amalan yang mengiringinya. Bersama-samalah kita menyahut kelebihan yang di anugerahkan oleh Allah ini.

Read More......

assalamualaikum...
lama benar tidak buka blog ini
sekarang baru terasa rindu hendak menulis blog
minta maaf

Read More......