Assalamualaikum kalian... Daripada Ibnu Abbas telah berkata :Sabda Rasulullah S.A.W yang ertinya :Tiada daripada hari-hari untuk beramal soleh padanya yang mana lebih disukai oleh Allah daripada hari-hari ini iaitu hari sepuluh (sepuluh hari pertama Zulhijjah). Daripada Ibnu Abbas telah berkata : Sabda Rasulullah S.A.W yang artinya : Tiada daripada hari-hari yang begitu lebih di sisi Allah dan tiada amalan padanya lebih disukai kepada Allah daripada hari-hari sepuluh ini. Maka perbanyakkanlah padanya daripada tahlil, takbir maka sesungguhnya ia merupakan hari-hari tahlil, bertakbir dan berzikir kepada Allah. Dan puasa sehari daripadanya menyamai puasa setahun dan beramal padanya digandakan 700 kali ganda. Daripada hadis ini, jelas menunjukkan kepada kita tentang kelebihan beramal pada hari ke 10 zulhijjah. Jadi, kita sebagai umat islam seharusnya merebut peluang ini sebaik mungkin. Nikmat kelebihan ini tidak akan dapat di rasai dengan hanya membaca dan mengetahui nya tanpa ada amalan yang mengiringinya. Bersama-samalah kita menyahut kelebihan yang di anugerahkan oleh Allah ini.
Sempena bulan zulhijjah yang akan tiba tak lama lagi ni..saya nak kongsikanla sedikit ilmu kpd sume tentang kelebihan-kelebihan yang terkandung di dalam bulan ni..semoga kita dapat bersama-sama menambahkan amalan kita dari hari ke sehari untuk bekalan kita di akhirat.. seperti yang kita tahu, dalam bulan inilah terkandungnya ibadah haji dan ibadah korban, di mana ia tidak ada pada bulan2 lain. Zulhijjah juga mengingatkan kepada kita beberapa peristiwa besar yang telah berlaku iaitu mengenai pengorbanan nabi Ibrahim dan anaknya nabi Ismail serta Hajar dalam masalah korban, sai’e, tawaf dan lain-lain lg. selain itu, kita juga diingatkan dengan peristiwa haji wida’ dan khutbah Rasulullah yang mana terkandung dalamnya nsihat, wasiat dan amanah yang penting untuk seme generasi islam. Di sini saya sertakan beberapa hadis sebagai renungan dan perangsang kepada kita semua dalam menambahkan lagi amalan lebih2 lagi di bulan yang penuh barakah ini.
- Hadis isnadnya sohih dikeluarkan daripada imam Bukhari, Tarmizi, Abu Daud, Ibnu Majah, Ahmad, Ibnu Habban dan al-Baihaqi dengan sanad atau jalan berbeza -
- Hadis isnadnya hasan dikeluarkan oleh imam al-Baihaqi dan disebut oleh imam Sayuti
Ramadhan Al-Mubarak
12 years ago
0 comments:
Post a Comment