Assalamualaikum sahabat sekalian…
Sahabat..mari kita luangkan sedikit masa untuk membaca artikal ini sebentar. Moga-moga dengan pembacaan kita ini dapat menambahkan iman dan ketaqwaan kita kepada Allah kerana hanya Dia sahaja yang wajib di sembah. Sebagai umat yang bertunggakkan akhlak islam sebagai ciri peribadinya dan berpelakuan insan muslim yang sempurna, maka mestilah memahami terlebih dahulu apakah yang di maksudkan dengan ihsan kerana ia menjadi induk dalam pembentukan akhlak.
Untuk pengetahuan semua, yang di maksudkan dengan ihsan mengikut maknanya dari segi bahasa ialah membuat sesuatu yang baik, manakala dari segi syarak ialah peribadatan insan terhadap Allah (penciptanya) seolah-olah kita melihat Allah. Seandainya kita tidak dapat melihatNya, maka yakinilah bahawa Allah melihat diri, peribadatan dan mengetahui isi hati kita. Dalam erti kata lain, setiap kerja dan pergerakan kita di intai dan diperhatikan sama sekali.
Di dalam Al-Quran, Allah telah berfirman dengan menerangkan beberapa ciri-ciri ihsan dan mereka yang bersifat muhsinin. Antaranya :
إن أحسنتم أحسنتم لأنفسكم وإن أسأتم فلها
Maksudnya: jika kamu berbuat kebaikan, (maka manfaat) kebaikan yang dilakukan itu akan kembali kepada diri kamu juga. Dan jika kamu berbuat kejahatan maka (kesannya) kembali juga kepada kamu.
( Surah al-Isra’: 7)
Di sini jelas menunjukkan bahawa martabat ihsan itu adalah tinggi di sisi islam dalam menyempurnakan keimanan dan keislaman pada diri kita. Oleh itu, usaha dalam melakukan kebaikan dan menggalakkan ’amar makruf dan mencegah kejahatan nahi munkar adalah sangat berkait rapat dengan nilai akhlak atau budi pekerti seseorang individu muslim.

Allah SWT berfirman:
ولتكن منكم أمة يدعون إلى الخير ويأمرون بالمعروف وينهون عن المنكر وأولٓـئك هم
المفلحون
Maksudnya: dan terdapat antara kamu suatu golongan yang menyeru kepada kebaikan, menyeru berbuat baik dan melarang berbuat jahatm mereka itulah orang yang berjaya.
( Surah Ali ‘Imran :104 )
Sebagai kesimpulannya, ihsan sangat penting untuk difahami bagi melahirkan generasi yang berakhlak cemerlang dengan berteras syariat islamiah….selamat berusaha…Barakallahufikum =)
0 comments:
Post a Comment